Officially Graduated

Saturday, May 6, 2017

Alhamdulillah
All praises to ALLAH s.w.t

 

Finally!
I'm Officially Graduated..
This mark the end of my Ph.D journey..

Perjalanan yang penuh liku..
Dugaan dan cabaran..
Up-side down

 
Thanks to everyone..
Kepada supervisor saya, AP Dr. Mohd Fauzi Othman yang tak putus asa dalam membantu saya mencapai kejayaan ini. 
Buat mak abah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan tanpa jemu. Kadang-kadang rasa nak drop. Rasa nak stop dari meneruskan Ph.D ni. Tapi bila teringat semula janji-janji yang diikrarkan pada mereka beberapa tahun yang lalu, saya gagahkan juga langkah. Gigihkan juga diri untuk menulis thesis, hantar dan attend viva. Dan terus gigih membaiki tesis yang mengambil masa hampir setahun itu!
Buat teman-teman yang hadir sepanjang saya menyiapkan kajian Ph.D saya ini. Kalian memang awesome! Terima kasih. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke syurga.

 

Apa-apa pun, pesan saya buat semua yang sedang struggle nak habiskan Ph.D, jangan sesekali berputus asa. Andai kata suatu ketika dahulu saya mengikut kata hati untuk berputus asa, mungkin kejayaan ini bukan milik saya. Mungkin janji yang pernah diikrarkan kepada kedua ibu bapa saya akan terkubur begitu sahaja. Ya! Segalanya mungkin!

So, kalau saya yang hampir tersungkur pun boleh bangun dan meneruskan perjuangan ini, saya yakin anda di luar sana juga boleh! 
Ph.D bukan tentang saya bijak, awak pandai atau si dia bodoh.
Ph.D adalah tentang usaha, kegigihan dan tidak kenal erti putus asa!

 

 Dan...
Jangan bandingkan perjalanan awak dengan perjalanan saya.
Setiap orang ada jalan ceritanya yang tersendiri.

Dan kejayaan ini adalah buat mak dan abah saya.

 

Hari konvokesyen ini adalah buat mereka.
Thanks mak abah!

Few years back...
Masa tu baru dapat keputusan Matrik. Dan nak isi UPU. Saya dapat 4.00 flat untuk kedua-dua sem. Dan ini perbualan saya dan mak.

Mak : Haa.. result elok tu. Ambil perubatan. Jadi doktor. Mak nak juga tengok ada sorang anak mak jadi doktor.
Me : Perubatan? Doktor? Tak maulah. Bio angahlah yang paling teruk. Nak kena handle darah? Kalau kena bedah mayat? Euuuu~~~
Mak : Belum buat mana tahu.
Me : Haaaa... angah ambil ni. Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan. Perubatan tu untuk mak. Elektrik-Elektronik tu untuk angah.
Mak : Ada pula ke situ. Tak adalah anak mak yang jadi doktor ni?
Me : Ok..ok.. Mak tunggu. Angah belajar sampai peringkat yang paling tinggi dalam U tu. sampai dapat Dr. dekat pangkal nama tu. Janji! Ok? Asalkan tak payah belajar medic. Hehe..

Dan mak hanya tersenyum. Itu cerita tahun 2007 (Kalau tak salah).
Now, selepas 10 tahun.. Here is it.

Dr. Nor Saradatul Akmar Binti Zulkifli.

As you wish mak. =D. This is for you. As promised!


Dan ini kawan-kawan che Sara yang konvo sesama hari tu.
Alumni UTM & Alumni SEP.

 
 And now, it's about reality.
Selamat mendidik anak bangsa. =D 
 
 
 



It's been a month

Friday, March 31, 2017

Pejam celik, pejam celik..
Eh, it's been a month!
Maksudnya, dah sebulan bertukar angin ke bumi Pahang..
Dah sebulan juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik..

Things were hard at the beginning.
Tapi, bila go through everything step by step, everything will be alright..

What I did the whole month?
Telling myself to fall in love with coding!
Ya! Both basic c and java.



I told myself to start being friend with coding.

Few years back, I did learned programming technique and object oriented programming. But, thinking that I'm not going to use them in the future, I started ignoring them. Enough if I can learn for exam and mini project!

That's what I've been thinking before. Because science computer is not my main stream. I though I would be someone who work at one of the biomedical company that will deal more with medical instrumentation, human fisiology and etc. 

Sometime, I though I would be an academic staff and researcher at any university and teach student on electric and electronic subject. Telling the student what capasitor that you need to use and etc.

We thought we will do what we like to do..And we ignore things that we don't like to do..
And somehow, we might end up to do the things we don't like for the next upcoming years! Who knows future better than HIM?

It's been a month.
And I think, I'm getting in love with coding.
It's fun! 

So, Wish me luck!



Seminggu

Friday, March 10, 2017

Alhamdulillah...

Seminggu di tempat baru..
Seminggu menyesuaikan diri dengan amanah dan tugasan baru..
 Seminggu bergelar pendidik..

1 Mac 2017
Saya mula melaporkan diri sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Pantai Timur.. Heee.. ramai member tegur, "Jauhnya kamu pergi Sara?"

(^______^)
Kadang-kadang perlu juga keluar dari zon selesa. Keluar dari kebiasaan.. Dan andai di sini tertulis rezeki saya untuk berkhidmat dan berbakti kepada anak bangsa, kenapa harus menolak?



Sejujurnya, saya tak mohon banyak tempat. Jadi, kalau ada yang bertanya pengalaman di temuduga atau pengalaman memohon jawatan, tak banyak yang boleh saya kongsikan. Tawaran untuk berkhidmat di universiti tempatan ini telah saya terima sejak pertengahan tahun lalu. Tapi disebabkan kengkangan dan pelbagai masalah yang timbul ketika dalam proses untuk menghantar pembetulan thesis, tarikh lapor diri tidak dapat saya berikan dengan jelas. 

Sehinggalah pada awal bulan lalu.. Surat senat sampai dirumah membawa berita gembira. Lulus mesyuarat senat adalah perkara yang terindah sebelum Majlis Konvokesyen. Itu keraian yang kedua. Sebaik sahaja surat senat tersebut saya majukan ke pada bahagian human resource, saya diberikan surat tawaran rasmi dan perlu melaporkan diri dalam tempoh sebulan. Memandangkan semester II baru sahaja bermula pada pertengahan februari yang lalu, saya ambil keputusan untuk melaporkan diri pada awal bulan Mac ini.



Dan alhamdulillah..
Seminggu telah berlalu..
Langkah pertama untuk buku kehidupan saya yang baru telah saya mulakan.
Seterusnya, mendidik adik-adik yang bakal mencorakkan dunia satu ketika nanti.

Banyak yang perlu dipelajari..
Check-in dan check-out. System IMS. Kalam. Penyediaan bahan mengajar. Lab. Quiz. Test and etc.

#myfirstcareerstory #mycareerjournal 





5 tahun 3 bulan

Wednesday, February 15, 2017


To complete this journey, I've doubted with myself several time. Yes. Several times. Until I realized that:

"I've worked too hard and have come too far to be stopped in my track"

Yesterday I make a call to Academic Affair to ask about my status. and Alhamdulillah. I've been told that I pass the senate meeting and they have send the letter that I need yesterday. 

Now, just wait for the postman to deliver my letter and then, forward that letter to HR UMP. Just can't wait to start my new phase. Looking forward for a better future. Whatever happened before, take it as a lesson to grow mature and walk the path confidently.

8th February 2017 - Officially as Dr.Sara as per approval by the Senate Community. Thank you Allah. 

O Allah, forgive me if I asked you more than I thanked you

---------I'll documented my journey here:---------
9th November 2011 - Registered the course 
July 2013 - Start collecting data (during Ramadhan)
7th November 2013 - Fly to Japan for 10 months lab attachment
January 2016 - Submit thesis for examination
15th April 2016 - Viva Voce
20th December 2016 - Submit hard cover thesis
8th February 2017 - Pass Senate Meeting (^_^)

Quite a long journey I take. 

And this marked the final of 22 years getting formal education. 

I guess, now is the time for me to give back to the community.
Please pray for the better me.
Thank you~ 

Quote of the day:
"A dream doesn't become reality through magic; 
it takes sweat, determination and hard work"
-Colin Powell