Rindukan Dia

Wednesday, October 6, 2010


Selamat Malam....Hai All..Assalamualaikum...
 
Fuhh..malam ni...tiba-tiba rasa rindu menjengah diri. Dah lama tak rasa macam ni.. Kenapa tibe-tibe ek? Saya tahu tak wajar saya berperasaan seperti ini..Apatah lagi, dia bukan sesiapa.. Dia bukan milik saya.. ANtara saya dan dia tiada ikatan yang sah. Tiada apa yang mengikat kami.. Tapi...

Tiba-tiba saya rindukan dia. Sangat rindukan dia.. Dah lama saya tak hubungi dia.. Dia pun tak hubungi saya.. Saya dah hilang contact dia. Walaupun saya tahu, saya masih ada sumber untuk menjejaknya tapi saya tak nak jejak dia. Saya rindukan dia.. Tapi saya tak nak mengejar dia. Saya tak nak nanti orang kata perigi cari timba. Saya sayangkan dia. itu saya mengaku. Tapi saya tak tahu kalau dia masih sayangkan saya ataupun tidak.. Tapi setelah hampir 3 tahun berdiam membawa haluan masing-masing, hari ni saya rindukan dia..

Perasaan itu datang sendiri. Tidak saya undang. Tidak juga saya fikirkan dia. Malah segala gambar, surat mahupun apa sahaja item yang mengingatkan saya padanya, semuanya saya dah hantar balik rumah. Tapi kenapa perasaan rindu itu hadir juga?? Kenapa ingatan saya pada dia semakin kuat?? Kenapa??

Macam mana kita nak tahu yang dia memang ditakdirkan untuk kita? Ya ALLAH, berikan aku petunjuk.. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan pra rasa ini. Ya ALLAH, andai dia untukku, KAU berilah petunjuk yang terbaik. Andai dia bukan milikku, kau lapangkan dadaku agar cintaku sentiasa berlabuh buat-MU..

Rindu....Rindu...Rindu..


2 comments:

Sunah Mohammad said...

Teruskan meminta pada ALLAH! ^_~

NIA said...

cuba buat solat istikharah.insyaAllah.sy pun xpenah try lg tp byk baca pngalaman org.hehe.semoga diberi petunjuk olehNya:)