Sambung Story semalam

Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum....
Salam ceria..salam penuh gembira..kui2...

eh, hari ni nak sambung story semalam.. tak sempat nak habiskan...
Sambungannya.....

AMARAN : Bagi yang berminat nak g free facial treatment or slimming tu, bleh lah jadi kawan saya.. Semuanya free... Tapi..hehehe..ada juga tapinya tu.. Macam biasalah, bila kita dah buat treatment free, konfemlah orang tu nak jual produk tu kat kita kan? takkanlah buta-buta je dia nak bagi mende tu kat kita. Sampai part dia pujuk beli package dia ni, pepandailah korang guna akal dan budi bicara masing-masing.. Kalau rasa ada duit dan berminat, terimalah tawaran yang dibuat. Kalau dah rasa poket surut macam saya ni, pandai-pandailah buat reason ok.. Janji jangan buat orang marah ngan kita sudah.. Yang penting..adab..manners..

Ok..Lepas pergi facial tu, kitorang pekena air kat Arena Jusco sambil tunggu waktu maghrib.. Sekarang maghrib dah awal, pukul 7 dah masuk. So, before g steamboat, kita solat dulu..baru leh ngadap makanan sepuasnya.. Yang wajib tak lah tertinggal.. Hehehe..

Berpandukan mesej Cik Pah, kami pun mulakan perjalanan dari Jusco Tebrau. Fuhh..nak kena citer jalan ke kat sini ek? Tengok kat blog Cik Pah ek.

Hehehe..cari punya cari..akhirnya kitorang jumpa juga kedai tu.. Apa lagi.. Parking kereta..Pilih tempat.. Sementara orang kedai tu setup meja dan peralatan untuk steamboat, kitorang berempat masuk dalam dan mulalah memilih makanan.. Main dishes yang kitorang ambik adalah ayam yang dah diperap, sotong, udang segar dari ladang, ketam, sate, sayur-sayuran fresh, ikan,kerang dan segala benda yang boleh dimakan kat situ.. Fuhh..banyak gak r.. Kitorang tak ambik nasi dah..sebab nak melantak seafood dan bbq apa yang ada..

Dekat Rawa Steamboat ni, ambiklah apa pun. Janji tak membazir.. Kalau membazir, nanti ye charge kita.. So, kitorang pun makanlah sepuasnya.. Bayar RM18.00 sekepala sahaja termasuk tisu wangi and aiskrim potong. Fuhh..bayangkan, mana nak dapat makan seafood dan segala bagai makanan dengan harga RM18.00 je..memang berbaloi-baloi.. Rasa sungguh nikmat dapat makan steamboat.. Hahaha.. tak terucap dengan kata-kata.. even meja kitorang penuh dengan makanan mengalahkan orang yang datang 5-6 orang.. Dasat tak kitorang melantak.. Tak de dah nak bersopan santun. control ayu segala bagai.. Ada kesah kalau orang pandang pelik?? Janji perut kenyang.. burrrppp....

Hahahha..ok..itu tipu.. tak sampailah sampai berbunyi macam tu.. Kepuasan jelas terasa.. Nak pi lagi.. Kepada Akmal, Eqen, Aimie dan Siti, nanti kita g lagi nak tak? Kepada cosmate yang lain, nak ikut? jomlah, konvoi makan steamboat reramai.. Gerenti puas..

p/s : Gambar bakal menyusul nanti-nanti..

2 comments:

shafiqabdshukor said...

btl2...
sedap tu...
tp tmpt tu cina nyer la...
g la kat danga bay...
ad tmpt name d'terrace steamboat..
rs2nyer kat2 ctu ad gak steamboat melayu..

Cik Sara said...

InsyaAllah..Halal..
Ada je orang-orang melayu lain yang kunjung ke restoran ni.. My fren yang pernah ke terrace tu cakap, Rawa is much more better compared to Terrace..