Tomography : Sahut Cabaran ke?

Tuesday, January 25, 2011

Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim... 
Sahut Cabaran ke? Fuhh..apakah sebenarnya yang hendak saya tuliskan ini? It's all about the assignment. Assignment..assignment dan assignment.. Straight to the point..
Apa respon korang if someone minta korang buat ultrasound breast aka payu dara korang? Entrie kali ni saya belajar untuk bersifat terbuka. Cewah. Terbuka hanya dalam term pembelajaran. Bukan nak buka apa-apa. 

Breast. Payu dara. Itulah tajuk untuk assignment Tomography saya sem ini. Kalau tak buat hilang 40%. Sekali lagi saya tulis 40% bukan 0.4%. Hilang 40% ni maknanya, punahlah harapan nak kumpul A di akhir sem ini. Sanggupkah saya? Putus fius pula, mestilah tak sanggup kan?..Aigoo..Inikah hukumannya sebab tak datang ke kelas Tomo last week? Tapi bukan sengaja. Ada masalah kesihatan yang tak mengizinkan. Tahu-tahu je dapat assignment kena buat part yang itu. Masing-masing dah pilih part masing-masing. Organ atau abdomen yang tinggal hanya ini sahajalah. Breast!

Ok.. Fine! Kalau kena buat paper work je, tak de masalah. Banyak bahan kat internet. Buka 1 web, semua pasal breast dia cerita. Siap dah kerja.Tapi yang sangat mencabar diri ini adalah......

Perlu mencari 5 orang teman yang sudi melakukan ujian ultrasound ke atas breast mereka bagi tujuan pembelajaran dan kajian. Awal-awal lagi dah ramai yang menolak. Mana nak cari 5 orang? 5 orang. Nasib bukan 10 orang. Kalau tak, memang drop subjek ni.. Hahaha..sampai begitu sekali. Dan untuk 5 orang yang sudi membantu ni, ujian ultrasound itu akan dilakukan oleh seorang doktor wanita. Bukan saya yang buat. Tapi Doktor itu yang akan tolong ambilkan image untuk saya. Jadi, Kalau ada pape kelainan pada breast anda, itu antara anda dan doktor. Saya tak tahu. Saya cuma nak image sahaja bagi melengkapkan assignment saya. Semuanya untuk pembelajaran. Bukan suka-suka. 

So, ada yang nak sahut cabaran untuk menggunakan ultrasound ini? Message saya privately ok.. Lepas CNY kita deal semula. =).. Bolehlah consider as pra-check untuk mengetahui tahap kesihatan payu dara anda. Mencegah lebih baik dari merawat. Semoga kita dijauhkan daripada penyakit barah payu dara..~Amiin..
~tiba-tiba pula.~
 

0 comments: