Berpindah.Sayang Kamu.

Friday, May 13, 2011

Selalunya kalau nak tulis blog, orang buat tajuk dulu atau isi kandungannya ek? Entahlah..Papelah wahai pemilik bilik laksana tongkang pecah..=P.. Serius..bilik dah serupa kena landa gempa bumi ja. Serba tak teratur semua.. Aktiviti mengemas yang tidak teratur. Datang mood dia kemas dengan seriusnya. Hilang je mood terus dibiarkan bersepah.. Selagi tak balik, selagi tu lah tak kemas..hahaha.. Apa teruk punya oranglah..

Tapi jujur. Bila mai bab mengemas barang untuk kosongkan bilik, memang failed! Al-maklumlah..4 tahun dok UTM setiap kali cuti sem panjang konfem sewa bilik! hahaha..bila sekali kena kemas untuk kosongkan bilik, tak tahu nak start dari mana. Nak simpan yang itu, tapi rasa nak guna lagi. Nak simpan yang ini? Eh, pun nak guna juga.. Sudahnya, berkotak-kotak barang dekat depan pintu. Mujurlah bilik ni besar dari bilik lain, kalau tak memang tak de ruang lah nak bersolat..aish..

Barang-barang terkumpul selama 4 tahun~


5 + 1 + 4 = 10 tahun duduk asrama. Setiap tahun pun barang tak pernah berkurang! Kalau masa awal-awal dulu, penuh 1 bonet kereta. Sekarang bila nak balik, rasa kena bawa mai lori untuk angkut barang.. Dasat kan? Ngee.. Tapi, ini pun mujurlah saya dah angkut giant books dengan koleksi novel balik rumah dulu. Kalau tak, fuhh..tak tahu macam mana nak angkut bawa balik. Dalam kotak koko tu semuanya note dan past year selama 4 tahun dekat UTM ni.. Sayanglah nak buang..ilmu tu.. Paling-paling pun tunggulah lagi 4-5 tahun..baru bleh lupus.. So, kotak koko ni saya akan simpan dulu dekat stor. Nanti bulan 9 datang dengan family baru angkut bawa balik..=D

Sedey~..mak ayah tak dapat datang. Ongkos tak de ma.. So, kena balik naik bas. Dan..nak angkut Mr.Pixma tu sekali.. Gabak kan? Saiz triple XL hahaha..tak pe bas tu besar..konfem celuih..Banyak dah jasanya Mr.Pixma tu.. Di akhir-akhir sem pun tetap berjasa lagi.. Keranamu Canon Pixma MP145, Setahun lebih tak keluar duit untuk print note. Semuanya keranamu Encik Pixma.. Saya sayang kamu.. 

Mr.Pixma..My beloved one..
Tengah sem hari tu, ingatkan Mr.Pixma dah merajuk dengan saya. Ye lah, tetiba je dia tak mau print berwarna walaupun hakikatnya tangki dia masih penuh. Tetiba satu hari ketika saya hendak mencetak thesis, keluar notification dekat laptop mengatakan catridge baru telah diinstall.. Erk? Bila masa pula saya install catridge baru? Tak pe3x..try print satu page yang berwarna...Jeng..jeng..jeng...

Berwarna..Cantik..Kemas..Superb.. My Mr.Pixma is back..Mmuahh...Lap u sayang.. Di saat-saat akhir kau telah memudahkan kerja ku.. Thank You ALLAH.. Tanpa berlengah, terus print 3 copy thesis dengan bantuan Mr.Pixma. Lagi 1 set print guna Mr.Laser Jet kat kedai.. Tu dia..jimat duit cheq..Hujung-hujung sem ni.. Alhamdulillah.. Berbakti juga dia pada kawan-kawan cheq..Mr.Pixma..Thanks a lot..

Hari sabtu ni i bawa you balik jumpa my parents and my sibling ya! ini first time kan you nak ikut i balik kedah? I bagi cuti panjang untuk you. It's going to be such a long journey.. Stay healthy ya! Jangan nakal-nakal. Nanti saya tinggal kamu.. Yada yada..happy...~

0 comments: