Pi Menjemput?

Tuesday, May 17, 2011

Chik : Hari Sabtu ni angah pi menjemput..
Me : Ek? nak pi jemput sapa plak? Bukannya umah kita yang buat kenduri..
Chik : Pi ikut orang menjemput anak dara lah..
Me: Lorr...Pakat-pakat pi tunggu lah dekat kepala titi tu... Jemput dengan kompang, bunga manggar and etc..

Mak dengan tok dah ketawa.. Saya? Still muka blurr.. tak faham-faham lagi..

Chik : Ikut depa pi menjemput dekat Bukit Tangga..
Me : Tak pi menjemput tak bleh ke? Pandai-pandailah rombongan anak dara tu nak mai sini.. Kita kena pi sana pastu patah balik mai sini, buat abih duit minyak ja.. Tunggu ja dekat sini tak bleh ka? Jimat dah.. Minyak pun dah naik harga..

Mak, tok dengan chik..semua pakat dok gelak.. Laa..logik apa yang saya cakap ni.. Memanglah Bukit Tangga tu tak sejauh JB mai Aloq staq tapi tetap pakai minyak kereta juga kan? 

Tok : Angah esok-esok, jangan dok pi umah pihak laki selagi tak da orang datang menjemput. Tak pernah dibuat orang.
Chik : Kita kena lah pi sana menjemput anak dara. Bawa mai sini.. Baru boleh start majlis..

Me : Owh..itu ke maksudnya majlis sambut menantu?? Wakil keluarga lelaki kena pi umah keluarga perempuan ni jemput pengantin bawa balik untuk kenduri kat rumah lelaki.. pi menjemput... Haaa...

Hahaha...nampak sangat saya seorang yang lurus bendul. Naif. Saya bercakap berdasarkan fakta didepan mata.. terlupa tentang adat orang tua kita.. Baiklah mak, tok, chik..esok time angah, kalau dapat yang jauh tak ke susah depa nak mai sini menjemput lepaih tu patah balik pi tempat kenduri.. Hahaha.. tak ingat dah apa jawapan tok.. Geli hati dengan "kelembapan" otak ini mentafsir ayat mereka.. 

Hari sabtu ni kenduri dekat belah lelaki. Kenduri abang sepupu. Minggu lepas kenduri rumah perempuan. Jumaat minggu sebelumnya akad nikah.. ini pun menimbulkan persoalan pada saya..

Me : Mak, kenapa nak kena buat sampai sebulan? Apsal bukan hari ni nikah, esok kenduri rumah perempuan, minggu depannya kenduri umah lelaki? Kan ke sekejap je dah selesai semuanya..

Tok : Aissy..orang dok buat tiga hari ja.. Hari ni nikah, esok kenduri belah perempuan, lusa kenduri belah lelaki. Setel semuanya.. 

Ek? Terdiam lagi..dah tak tahu nak jawab apa.. Kita tengoklah hari sabtu ni jadi apa.. 

Pada Abang Mat, tahniah.. Selamat Pengantin Baru.. Hari Sabtu ni nak tengok isteri kamu..hehehe..

0 comments: