Rambutan Addicted?

Monday, July 25, 2011

Salam pagi isnin buat semua!!!...
Hai..cerita masa cuti yang lepas.. Tapi, maaplah..gambar sendiri tak da.. Lupa nak bawa kamera.. Excited sangat nak masuk kebun..Ahaks..=)

Jumaat hari tu kan, saya dengan keluarga dibawa abah pergi ke kebun atok dekat Kubor Panjang, Alor Setar Kedah.On the way ke sana memang mata disajikan dengan keindahan sawah padi yang luaaaass terbentang di kiri kana jalan. Nice Shot! cantik!. Sehinggalah masuk ke satu selekoh..yang kelihatan hanyalah pokok-pokok getah..

Sekarang musim buah gamaknya.. Ye tak? Berbuah sungguh pokok rambutan dalam kebun atok saya tu. Bukan satu dua pokok.. Tapi berpokok-pokok. Sampai mata pun naik berpinar -pinar tengok buah-buah yang begitu banyak. Bila buah banyak, semut-semut dan kerengga-kerengga ikut berkampung di situ. Salah petik, penuh buah dengan kerengga. Melompat sekejap sebab terkejut.. (^_____^)


Apa kena mengena rambutan dengan tajuk? Dah nama pun musim rambutan sekarang ni.. Kalau masuk kawasan kampung, kiri kanan jalan boleh nampak betapa merahnya rambutan itu.. Penuh satu bonet kereta abah isi dengan buah rambutan. Itu belum campur dengan jantung pisang, buah sukun, cempedak di luar pagar dan juga buah jering.. Hasilnya, selamat satu beg plastik rambutan saya angkut bawa balik ke JB. Dan padahnya, seharian semalam saya menjamu selera dengan rambutan semata-mata. Dan ini membuatkan saya menjadi seorang "RAMBUTAN ADDICTED". Hahaha...

Urmm..orang panggil dusun kot.. Tapi sebab dah terbiasa sebut Kebun, makanya dusun pada kamu, kebun pada saya.. And you know what? 1st time beb tengok pokok jering dengan pokok petai menggunakan deria mata sendiri.. Bukan gambar mahupun TV.. Realiti! ahaks... Maklumlah, orang bandar pun bukan. Orang kampung pun tak juga.. So, memang banyaklah benda yang belum diteroka lagi. Pokok jering itu tak lah tinggi sangat. Tapi, sesuai untuk berteduh di bawahnya.. Redup je.. Pertama kali melihat, memang teruja tak payah ceritalah.. Sampaikan saya dah jelapak nak pergi ambil petai yang betol-betol atas kepala tu..

Mujur emak tegah. Mak kata tu pokok orang. Saya kata petai tu dalam kawasan kebun kita. Mak kata, jangan. Orang dok tengok je kot kita ambil hak orang. Ok. Saya stop. Berpatah balik menghadap pokok-pokok rambutan. Ada yang manis. Ada yang so-so je.. Berplastik-plastik kami isi dan bawa balik. Sebelum balik mak kata, abah parking kereta betul je bawah pokok jering..

Saya pun melangutlah ke atas nak tengok betul ke tidak itu pokok jering. Fokus punya fokus anak mata, sekali target locked! Nampak buah jering yang dalam longgokan. Jumpa satu, memang berturut-turutlah jumpanya. Terus abah kait. Ini memang pokok tok wan. Jadi, tak da masalah untuk ambil.

Saya suka jantung pisang. Kalau buat kerabu lagi sedap. Tapi disebabkan nyok tak da, rebus sahajalah jantung itu. Buat ulam. Saya sukakan petai kalau petai itu dibuat sambal udang petai. Kalau tidak, saya kurang sikit nak makan. Tapi bukannya tak makan langsung. Saya suka buah sukun. Tambah-tambah pula kalau buat goreng. Tapi disebabkan pergi kebun hari jumaat dan hari sabtu saya balik ke JB, tak sempat nak makan sukun goreng. Saya sukakan cempedak goreng. Itulah yang mak buat petang Sabtu lepas. Tak dapat sukun goreng, cempedak goreng pun sodap..~

(T_____T) sekarang tengah lapaq nasi.. Tu lah, ngadap lagi buah rambutan tu sampai tak sedor ari dah malam.. Huhuhu...

k..adios~

8 comments:

aamalinaazman said...

akak air!!!!
sedapnyeeeeeeeeeeee!
sume yg akak suke saya suke..


mai pos sini siket meh!
hehehe =)

Cik Sara said...

@aimie amalina

Lai lai..meh alamat nak pos.. eheh..
Wuhuu....bila nak pergi econsave sesama lagi beli barang-barang dapur? eh? ahaks

Hanis MY said...

dapnyerrr dah lama tak makan rambutan...

Fareha Noor said...

oh, bestnya musim buah. esp rambutan.favourite fruit

Cik Sara said...

@Hanis MY

Sedap2x.. Yok balik Mesia masa musim buah..memang masyuk lah..

Cik Sara said...

@fareha

Sonok kan? Favourite kamu ke? Jom makan!! hehehe

NIA said...

OMG setahun lebih tak makan rambutan.nomnomnom.

No name said...

ubat batuk nie...