Conteng-conteng 1hb Mac

Thursday, March 1, 2012

Back from a Longggg Holiday.. ahaks.. Longlah sangat kan? Tapi, tup2x dah masuk bulan Mac. Aiyak! Apa yang saya buat sebulan yang lalu? Pengsan! Ok! Kenapa cuti panjang? Hee.. taklah panjang mana pun.. Dalam 6 hari? Jumaat lepas(24hb Februari) ambil bas dekat PUDU CENTRAL. Sampai Terminal Bas Shahab Perdana around 12.15am, 25hb Februari. Of courselah my super duper beloved daddy mai amik. Sampai rumah around 12.30am.. Buat apa lagi? Mandilah beb! Tak kiralah tengah malam ke, tengah pagi ke.. Dah seharian berlumuih dengan peluh, takkan tak mandi kan? Dah siap mandi, tidoqlah..

Sebenarnya, balik Alor Setar sebab hari selasa(28hb Februari) ada conference dekat Pulau Pinang. International Conference on Biomedical Engineering(ICoBE 2012). Nantilah saya story pengalaman yang seciput tu.. Hahaha...

Eh, ce nak tanya sket. Apa perasaan korang kalau tiba-tiba ada yang bertanya tentang _______.. sila isi tempat kosong.. ahaha.. Sentap 10 saat bila orang tanya pasal dia. Ex ke? entah.. Dah jadi ex- ke?? ahaks.. Kenapa sentap 10 saat? sebab dah lama tak sebut, ingat, teringat-ingat dan seadik beradik dengannya.. Jadi bila ada yang bertanya siap menyebut namanya, tak ke jadi sentap kejap. Neuron dalam brain macam kena pause. PAUSE. lepas 10 saat barulah... oooooowwwhhhhh kkkkkkkkk...."kenapa tiba-tiba?"

Hahaha..gtulah.. Tapi yang paling tak best adalah... Bila neuron tentang itu diaktifkan, susah weh nak deactivate balik! Isy, rasa nak ketuk je orang yang mengaktifkan neuron-neuron ingatan itu. Aci tak? Sekarang susah nak deactivate, siapa yang susah? hambo juga. Dah ghupa DVD Adnan Sempit 2 dok bermain dalam kotak minda hambo ni. Eh, dah kuar DVD ke? Heee..

Hee.. tak suka..tak suka..tak suka..(sambil hentak-hentak kaki ke lantai bilik).. Tak maulah hidup dalam kenangan lalu. Dah ghupa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Orang tak ingat kat kita, kita pula yang menggedik nak ingat!. Eh, salah! Mana ada saya menggedik nak ingat! Orang tu yang ingatkan saya untuk ingat ke dia!! Please2x.. deactivatelah semula. Tak seronok tahu dak bab syok sendiri ni.. Err, kalau hantuk kepala ke dinding, agak-agak boleh deactivate tak? Takut lepas hantuk, semua neuron deactivate, tak ke naya?? Journal apa pun tak tulis lagi.. aih....

Kalau dulu sayang sungguh-sungguh kan senang. Bolehlah benci sungguh-sungguh sekarang. Err.. kalau. mean tak percaya pada qada dan qadar ALLAH! Astaqfirullah.. Bawa mengucap Cik Sara. Apa pula kaitannya ni? Islam pun tak anjurkan umatnya saling berbencian apatah lagi bermusuhan. Eh, salah masuk column ni. Bila tahun pula bermusuhan. No! Nehi Kabhi Nehi!. Dulu ingatkan iklan CHIPSMORE tu bohong je. Kejap ada, kejap tiada.. Tapi ghupa-ghupanya boleh apply kat manusialah! Dulu ada, lepas tu dah lama tiada tetiba ada balik.. Dan sekrang dah tiada semula.. Betul2x macam biskut chipsmore tu. 

Ok2x.. relax.. tarik nafas dalam-dalam..lepas.. Lepas tahu! Kalau tak lepas, putuih nafas pula sat g. Tarik nafas lagi.. Lepas... Ok.. relax.. calm your mind Sara.. focus on your work dear..

Tadi, Ust. dalam kelas Falsafah Sains dan Ketamadunan ada cakap. Hukum ALLAH tulis kalau mencuri, hukumnya potong tangan. Err.. kalau dia mencuri hati, aci tak potong juga?? =D Kalaulah mencuri "hati" itu satu kesalahan dari mencuri, mesti dah ramai yang tak ada tangan sekarang ni kan?? Hohoho.... 




0 comments: