Kawan-kawan.

Saturday, June 16, 2012

K.A.W.A.N

Kalau nak cari seseorang yang boleh kita berkongsi bahu dan bersalam cium peluk mestilah kawan perempuan yang akan kita cari. Sebab apa? Sebab ikut peraturan yang tertulis dalam AL-Quranlah! Matlamat tak menghalalkan cara. Errr.. betul ke? Tapi... itu tak bermaksud kita tak boleh pula nak berkawan dengan lelaki. Boleh. Tapi kenalah jaga batas-batas pergaulan. Tak bolehlah tiba-tiba muncul peluk dari belakang macam kita treat kawan-kawan perempuan kita.. betul tak? 

Tapi..... boleh ke kita bertepuk tampar dengan kawan lelaki kita ek? Ye lah, yang selalu disebut-sebutkan adalah lelaki dan perempuan bukan muhrim tidak boleh bersentuhan kulit. Dan jangan kamu lakukan sesuatu yang boleh membuat kamu menghampiri zina. Jadi, bila bertepuk tampar tu masih berlapik. Sebab tepuk atas t-shirt or seluar dia. Boleh ek? Okkk.. baca betul-betul! Ini persoalan bukan peryataan. Nampak tak tanda soal tu? question mark!..



Ada pula yang cakap. Kalau lelaki dan perempuan berkawan mesti end up dengan perasaan. Urmmm.. betul ke? Tak boleh ke kalau berkawan tanpa wujud perasan luar biasa tu?? Boleh je kan kalau berkawan dan perasaan yang wujud hanyalah sayang seorang kawan. Tak lebih, tak kurang.. Tak boleh ek? Ye lah, bab perasaan luar biasa tu kenalah sertakan dengan niat yang serius! Hahahaha... 

Sebab.... macam mana warna-warninya kawan-kawan perempuan yang berada di sekeliling kita, begitulah juga warna-warninya kawan-kawan lelaki yang ada di sekeliling kita... Errr..saya.  Sebab pada saya, istilah kawan itu tak ada gender selama mana saya tahu menjaga batas-batas pergaulan. Tak betul ek? OK!..

Tak dinafikan ada seorang dua kawan perempuan kita yang buat kita rasa selesa dan gembira selalu. Dan ada juga kawan perempuan yang buat kita sedih dan wujud amarah. Begitu juga halnya dengan kawan lelaki. Tapi, dalam berkawan dengan lelaki kita sebagai wanita sering diingatkan "Jangan terlalu percaya pada seorang lelaki! Jangan letakkan kepercayaan kamu pada lelaki terutamanya mereka yang baru kamu kenal!" Betul tak?? Yeee.. betul!..

Tapi, tak saya nafikan ada juga kawan lelaki yang baru saya kenal tak sampai pun seminggu tapi dah saya letakkan kepercayaan padanya untuk buat long journey (lebih dari sejam perjalanan menaiki kenderaan awam). Kalau tanya apa perasaan ketika itu, entah! Tapi yang pasti sedikit pun saya tak rasa takut. Saya rasa lebih secure dan selamat sebab ada yang meneman saya di tempat yang terlalu asing itu. Dan saya lebih takut buat long journey yang ketika itu hanya saya seorang sahaja perempuan dalam bas itu! Sungguh! 

Dannn... saya tak nafikan.. ada juga kawan lelaki yang sering hadir memberi kata-kata semangat. Memberi 1001 perkongsian. Saya suka! Suka sebab ada yang mengingat dan saling mengingati. Tak salahkan kalau saya sayang mereka?? Sayang seorang kawan?? Tak boleh ek?? Ok! Ha! Ada juga kawan lelaki yang sentiasa ada ketika kita susah dan senang. Sama macam kawan perempuan saya. Ada juga yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar keluh kesah saya.. Sama juga seperti kawan-kawan perempuan saya. Jadi, tak salahkan kalau saya berkawan dengan kawan-kawan lelaki? Dan sudah semestinyalah saya sayang lebih-lebih kawan-kawan perempuan saya! Hahahaha...



Moral of the stories : Berkawanlah. Pilih kawan yang betul. InsyaALLAH segalanya nampak indah. Tapi, kalau tersalah pilih kawan cepat-cepat betulkan. Tiada istilah lambat untuk memilih kawan. Thanks ALLAH kerana menghadirkan mereka sebagai kawan-kawan saya.. Saya SAYAAAANG mereka kerana ALLAH S.W.T.. Semoga ukhuwah kita kekal untuk selamanya.. Ukhuwah fillah abadan abada.. Sungguh! K.A.W.A.N itu tiada istilah gender! Selamat Hari Persahabatan~~~

Hahaha..tiba-tiba! 

p/s : Kalau dah kahwin nanti, nak kenalkan semua kawan-kawan ni tak kira gender dengan suami sendiri. Boleh tak?? Nak bagitahu bakal suami.. "Dialah kawan baik i masa dekat sekolah dulu.""Dialah yang selalu tolong i masa i dalam kesusahan dan kesedihan masa zaman u dulu..""Dan dialah yang selalu dengar keluh kesah i".. Boleh tak?? Boleh tak?? *wink *wink..



0 comments: