"Mesra Wanita"

Monday, June 18, 2012

M.A.S.J.I.D

Ok.. topik kita pada malam ini adalah masjid. Lengkapkan slogan di bawah. Tiada patah perkataan untuk dikira...

"Saya prefer masjid yang......."

Wahhhhh...gitu.. Ok2x.. saya tahu jawapan yang paling famos amos mestilah masjid yang suka buat majlis-majlis ilmu, tak pernah lekang dari solat berjemaah, ada bacaan ayat al-quran terutamanya sebelum masuk waktu solat, ada qiamullai setiap minggu dan etc. Okkkk..itu jawapan dari sudut pengisian rohani kita.. Sekarang jawapan yang saya nak cari adalah dari segi kemudahan kepada kita. Contohnya, macam sayalah...

Saya lebih gemarkan masjid yang menyediakan kemudahan wudhu wanita dan ruang solat wanita dalam satu ruang lingkup. Errr... maksud saya, tempat wudhu wanita dan ruang solat tidak dipisahkan dengan kawasan jemaah lelaki. Errrr...faham tak?

Senang cerita, saya sukakan masjid atau surau yang bila nak pergi ambil wudhu' tu, tak perlu dah lalu dekat kawasan yang ada lelaki. Contohnya surau dekat kawasan RnR... Haaa... itu memang terbaiklah. Kenapa? Yelah... Kita ni perempuan. Bertudung pula tu. Jadinya, bila nak ambil wudhu' mestilah nak buka tudung, buka anak tudung, naikkan lengan baju dan lengan kaki(?). Betul tak? Lepas berwudhu' tu, konfem-konfemlah basahkan? Especially kawasan muka dan ubun-ubun. Jadinya, bila tempat wudhu tu terpisah dari tempat solat, pahtu kena pula lalu kawasan yang ada jemaah lelaki, agak rumitlah jadinya. Takkan muka basah-basah nak sarung tudung teruskan? Sememeh je ghupanya. Dah tu, takkan nak jalan selamba badak je tak tutup kepala pula kan??

Tapi... tak banyak masjid yang "mesra wanita" macam ni. Kebanyakkannya, ambil wudhu' hujung belah sana, pastu kena lap kering-kering air tu, baru pakai tudung lepah tu berjalan ke hujung sinin pula untuk ruang solat wanita. Memang take time sungguhlah dekat tempat ambil wudhu tu sebelum nak boleh pergi sembahyang. Tapi, ada juga beberapa buah masjid yang saya suka. Sebab mereka "mesra wanita". Contohnya masjid dekat KEM PGA tempat saya belajar dulu. Sampai je masjid, buka tudung dengan sarung kaki, letak tepi pahtu g ambil wudhu. Selesai ambil wudhu' terus angkut tudung n sarung kaki, blah naik tempat solat dekat tingkat atas . Tak payah risau-risau nak tutup kepala takut orang lelaki nampak dan basahkan tudung pada masa yang sama. Eheh.. Tapi dengan syarat, pintu tepi itu ditutup!..

Lagi? Haaa...masjid UTM! Pun best juga. Memang "mesra wanita". Tapi masjid UTM dekat Skudai tak berapa nak mesra wanita. Walaupun ruang wudhu' nya sudah privasi, tapi ruang solatnya ada CCTV dong! Untuk keselamatan katanya. Jadi, selesai ambil air sembahyang kering-keringkan dulu di tangga kemudian pakai kembali anak tudung n tudung sebelum melangkah masuk ke ruang solat itu! Dan lepas solat, tak boleh sewenang-wenangnya membuka tudung untuk bebaskan rambut supaya "bernafas" seketika. Susahkan? Tak mesra wanita!.. Ehehe

Honestly, kita yang bertudung ni bila masuk waktu untuk solat... itulah masanya kita nak bagi ruang dan peluang rambut untuk bernafaskan? Ye tak? Sebelum mahupun selepas solat. Sebab, waktu-waktu lain rambut kita sentiasa di dalam serkup dan tudung kepala. Jadi, bila kawasan wudhu' dan ruang solat wanita sangat jauh, tipislah peluang dan ruang itu.. 

Urmmmm... ini sekadar pendapat saya sahaja. Jangan pandang dari sudut pengisian rohani sebab hari ni saja nak tukar topik perbualan berkenaan masjid. Bolehkan? Kalau ada yang tahu mana-mana masjid yang "mesra wanita" ni, bolehlah kongsi-kongsikan. Sharing is about caringkan???? Tapi kalau nak kongsikan aktiviti-aktiviti rohani di masjid pun apa salahnya..

Guuuuuddddd niiitttteeee....!!!!!
 



1 comments:

Miss No Body said...

kem PGA kat kulim ke yang cik sara maksudkan?