2 Syawal 1433H

Monday, August 20, 2012


Assalamualaikum..
Salam Syawal.. Weee.. ^^,.. menu untuk raya kedua adalah udang masak lemak rebung. Kos? RM5 je.. beli udang sekati.. Muahaha.. Resepi? Giler simple!.. Pergi dapur, ambil bawang putih + bawang merah + halia + cili padi + kunyit sikit, lepas tu tumbuk. Ha! Jangan tak kupas pula bawang dan halia tu.. Malas nak story stage tu. Semua pun tahu kan? Kunyit tu, kalau pakai kunyit hidup, lagi marbellous. Kata orang, rasa semulajadi! Hehehe..

Pastu, dah siap tumbuk-tumbuk semua tu, bolehlah ambil periuk masukkan semua yang ditumbuk tu ke dalam periuk. Lepas tu, masukkan santan. Masuk sket je dulu. Bakinya, nanti baru masukkan. Haaa..bolehlah letak atas api. Kalau nak sihat, bolehlah gunakan susu Dairy Champ macam yang Shila Rusly suka guna tu. ^^, Minyak? Oh, kita tak menumis ye adik-adik. Kita masak je macam tu. Sebab tu boleh jadi menu sihat kalau gunakan susu Dairy Champ untuk gantikan santan tu.

Masak-masak. Sambil ketuk-ketuk Syawal!..Muahaha.. Dah masak rencah dalam periuk tu, bolehlah masukkan udang. Lepas tu, masukkan lebihan santan tadi. After that, masukkan rebung yang diambil dari belakang rumah tok yang telah dipotong dan dicuci bersih tu ke dalam periuk. Masak sehingga masak. Dan sedia untuk dihidang.. Ok, dah tengah hari der.. Raya tu raya juga, nasi mahu makan juga! Takkan nak telan kuih muih je kot..

Masakan kampung yang simple + jimat + murah. Tak perlu keluar duit banyak-banyak.. Selamat mencuba.. Dan Salam Aidilifitri. Gambar?? Errrr... tak terambil gambar. Perut lapar gilerr.. ^^, 



0 comments: