Projek Hujung Minggu!!

Sunday, September 30, 2012



Persepsi segelintir masayarakat kita, aktiviti mengait ini untuk golongan tua dan ibu-ibu mengandung. Dulu-dulu saya pun fikir macam tu juga. Walaupun dok admire giler dengan hasil-hasil kait yang my mom buat zaman dulu kala. Tapi, bila sekali cuba, best! Santai giler. Tak payah nak setup barang banyak-banyak. Bosan-bosan dok belek bahan research ni, bolehlah juga try a new thing. Perlukan yarn dengan jarum kait je. Tak kisahlah mata satu or mata dua. Saya dah try dua-dua. But i thing, jarum kait mata dua lagi puas. Hasil kait jarum mata dua lebih tebal dan sejuk.. Eheh.. ada kaitan ke?

Ok..ok.. gambar dekat atas tu? Itulah gambar projek hujung minggu kali ni. Niat asal nak buat baby hat, tapiiiii.... huhuhu.. lain jadinya. Kecik sangat. Ingat nak olah jadi kantung air je lah lepas ni.. Muat letak botol minuman dalam tu.. Ngee.. Oh ye! Mengait ni hobi masa senggang saya je. Kalau menjadi, dan tak tahu nak buat apa dengan hasil kaitan tu, saya bagi je lah dekat orang as a gift.. Eheh.. Nak berbisnes memang tak retilah kan? Lagipun, ini benda part time je.. Sempat pula nak jual-jual kan? Yang penting, kepuasan!..

Dan kalau nak tahu, belajar benda-benda baru ni boleh bantu perangsangan rangkaian neuron yang baru dalam otak. Sementara, rangkaian neuron sedia ada yang tidak digunakan akan dibinasakan. Itulah yang berlaku dalam otak kita di luar sedar kita. Jadi, sesekali sekala buat benda baru, boleh juga aktifkan pergerakan neuron otak!..

Sebelum ni, saya belajar buat kraf dari kain felt. Dah popular pun sekarang kan? Tapi, bagi saya...renyahlah.. Nak kena angkut toolbox yang dalamnya ada macam-macam tu. Belom kira lagi nak kena gunting pattern, tekap atas felt, gunting felt lepas tu jahit pula. Tak pun tampal. Aigooo.. too many things to do. And too many things needed. Pengsan! Sudahnya tertinggal felt toolbox dekat rumah! Hahaha...

Beza dengan crochet ni. Tahu basic je dah cukup. Lepas tu, pandai-pandailah kreatifkan diri. Kalau tersalah, benang tu boleh reused! Hehehe.. Sekarang dah tahu macam mana nak baca pattern! Yeay! Alhamdulillah. Dan bahan yang diperlukan cuma yarn dengan jarum. Simple! Tak adalah bersepah tempat, nak kena mengemas bagaikan? Hahahaha...

This is just part of my exploration on crafting. Sampailah saya jumpa craft yang mampu menambat hati dan sanubari saya.. =D 




0 comments: