Rebat RM200

Thursday, January 3, 2013

Ohhh...rugi..rugi..rugi...
Siapa nak? angkat tangan!! 
Eh, boleh tukar hak milik ke yang rebat RM200 tu?
Sana-sini orang update pasal rebat telefon RM200 tu.. Dan dari bacaan saya...errrr...rugi..rugi..rugi...

Sebab apa?
Ini pendapat peribadi je ok..
Like my SV says: Different person got different way of thinking. So, stop arguing with me! (^_____^)

Kenapa rugi pada saya?
1. Nak dapatkan rebat RM200 untuk beli telefon pintar tu, kita kena convert pergi POST-PAID kan? Tak pun langgan POST-PAID lah. Dan pada saya...saya tak suka POST-PAID. Terikat pembayarannya.. Huhuhu.. Sekarang saya pakai PRE-PAID pelan UOX. Kredit sah sehingga 9/9/2014..
Heaven! Buat apa saya nak tukar g POST PAID kan? Kalau PREPAID saya pun kekadang RM30 tu boleh tahan sampai 2 bulan. Ye dak? Lagi pula dalam CELCOM UOX yang saya tengah pakai ni pun boleh langgan PAKEJ BROADBAND. Sehari RM5 unlimited atau seminggu RM18 unlimited...

Kalau sebulan, in total baru RM72 kalau langgan pakej weekly. Dan lagipun, dalam sebulan tu, bukannya setiap minggu langgan berturut-turut. Ye tak? Lagi pula....unlimited bebbbb... Kalau kau subscribe POST-PAID sebulan dapat berapa GB je data usage dia. For me, tak puas! Ngeeee...

Pluss...bila pakai PREPAID ni, masa tak ada duit idaklah terikat lagi dengan pembayaran. Tiadalah hutang tersembunyi! Hehehe... Bolehlah kawal bajet sikit. Maksudnya, kalau bajet tengah ciput, cari wifi je lah.. Kalau agak-agak poket tengah dok tebal lagi, setiap minggulah subscribes. Tak pun masa subcribes seminggu tu, kau lenjan main internet puas-puas. Downloadlah apa yang kau nak download pun.

Sebelum ni, saya ada langgan MAXIS BROADBAND SKMM tu. Yang sebulan RM25. Tapi cuma dapat 700MB. Lepas guna dalam seminggu plus-plus, dah abis data usage tu. Nak tak nak kena subscribe baru kalau nak guna lagi. Rugi! Weee....

2. Ok.. Sebab yang kedua. Saya dah ada telefon pintar sebiji! Jadilah kan?? Penat kumpul duit buat saving nak dapatkan sebiji ni. Jadi status sekarang adalah TELEFON PINTAR + PREPAID. Saya tak terikat dengan mana-mana syarikat telekomunikasi. Heaven!
Ada duit saya topup, tak ado duit saya dok senyap je lah.. Eheh.. (^__^)

3. So, kalau ada yang berminat, bolehlah cepat-cepat mendaftar dengan SKMM. Dengar ceritanya boleh beli macam-macam jenis telefon pintar..


Ok...lain orang, lain corak permikirannya.
(^______^)
Salam petang Khamis~



0 comments: