Episode 53: Sakuranbo Gari

Sunday, June 22, 2014

Seminggu sebelum puasa..
Completing two things from my Japan's Bucket List.
Which is Sakuranbo Gari (Cherry Picking) and Tanbo (Paddy Field) Art.

 

Alhamdulillah..

Tak jauh pun kitorang g Sakuranbo gari ni. Area Yonezawa gak. Dalam 10-15 minit perjalanan menaiki kereta dari Kaikan. Kitorang pergi pun tak ramai, 1 kereta je. Family Kak Ami (with Aki dan khayra-chan) dengan Nad dan Diza. 

Untuk pengetahuan, buah cherry ni mahal sesangat kalau nak beli dekat supa. Fiu~. Mungkin sebab buah ni bermusim. Dan all over Japan, Yamagata no sakuranbo adalah yang terbaik. Ichiban. Dekat Tokyo boleh cecah 800Yen untuk sepaket kecik yang dalam dia tak sampai pun sepuluh biji kalau tak salah. 

 

Bayaran untuk masuk adalah 1080Yen per entry untuk sejam. Dan dalam tempoh masa sejam tu, makanlah berapa banyak pun yang kamu rasa nak makan. Berbaloi kan? Sebab cherry ni mahal kalau nak beli. So, masuk sini, bayar 1080Yen, panjat tangga dan makan puas-puas. Sampai sebu perut. 

Dikatakan bahawa buah ceri ni anti-oksidan, boleh merawat imsonia, memperlahankan proses penuaan, mengubati penyakit kanser dan juga berupaya mengurangkan kesakitan dan kecederaan dalaman. Buah ceri juga dikatakan mampu mengurangkan kesakitan daripada penyakit atritis, gout dan sakit kepala.

 

Banyak kan khasiat buah ceri untuk kesihatan. Patutlah mahal. Boleh kira cenggitu?

 

Eh, ada buah ceri warna ungu lah! Sekali pandang macam grape. Dua kali pandang, ok. Buah ceri. Tapi tak manis sangat yang ini.

Oh ya! Buah ceri, walaupun dari satu pokok, bukan semuanya manis tau. Yang manis dan sedap, yang dekat dengan batang utama. 

 

Sambil makan cherry, sambil bergambor. Aktiviti yang tak tahu lagi bila nak buat kan? So, grab the chance when you can. (^____^)

Oh! Tanbo Art?
Next entry lah.. Baru boleh lambakkan cerita dalam blog sendiri. Ye tak?
Ok.. bye~ 
 
 
 
 
 



0 comments: