Episode 73: Golden Week 2014 (7D6M)

Sunday, October 4, 2015


Dang!
Cerita dah lama. Tapi, nak update juga dalam blog. Supaya masuk dalam timeline. Bila dah tua nanti, senang nak masuk buat rujukan. Ngeeee...

Ohoi!
Sebelum ni pernah tulis entrie pasal Haru Yasumi kan? Atau pun bahasa orang putih, Spring Holiday. Haru mean spring, yasumi mean holiday. Cantumkan keduanya, jadilah Haru Yasumi. (>_________<)

So, this time nak kongsi cerita pasal Golden Week pula. Golden Week 2014 yang lalu, saya habiskan masa dekat Tokyo. Selain daripada Tokyo, saya pergi area Fuji dan Ibaraki juga. =D
Ok! Jom tengok summary kepada percutian saya ke Tokyo sempena Golden Week lalu.


Saya bertolak dari Yonezawa, sehari sebelum. Saya ambil Shinkansen. Atau popular dengan gelaran bullet train. Tanggal 2 May 2014 sekitar jam 06:30pm. Lepas office hourlah. Sebab pagi tu masuk lab lagi macam biasa. =D. Sampai je dekat Tokyo Station, saya guna Tokyo Metro untuk ke Shintomicho Eki. Kenapa? Sebab tumpang bilik kohai dari UTM yang sama-sama buat attachment dekat Jepun. So, untuk trip kali ni cost untuk accomodation tu memang jimat habis! 

 
1. Fuji San

Hari pertama kitorang plan pergi Fuji-san. Tak sabar-sabar nak tengok Gunung Fuji dengan mata sendiri.



 Maafkan tudung hamba yang dah sememeh tu. Ditiup angin sebab naik boat. Kihkihkih..
Kalau nak tahu cerita penuh, baca dekat link Gunung Fuji ni. Dah pernah story sebelum ni.


Dan ini route subway yang kitorang gunakan. Thanks Encik Google Map! 




2. K-pop Town
Seriously. Tak tahu pun wujud juga Korean Town dekat Jepun ni. Ahaks. So, untuk peminat k-pop bolehlah datang ke sini. Nak cari barang-barang korea. Memang terbaik. Dan secara tak sengaja, terbeli mask. Ahaks. memang tak sengaja.

 

Nama tempat ni, Shin-Okubo. Boleh google atau cari je dalam map subway tu. Kitorang datang cuci mata je dekat sini. 


3. Bunkyo Azalea Festival (Tsutsuji Matsuri)
Memandangkan bulan May sangat sinonim dengan bunga, al-maklumlah, the beginning of spring seasons. Jadinya, untuk hari kedua, i'm doing some flower hunting all around Tokyo! Ahaks.


Dan terjumpa pula festival Azalea ni.

Festival Azalea ini diadakan di Nezu Shrine, Bunkyou-ku. How to get here?

-Nezu Station (Chiyoda Subway Line), left out of Exit 1, walk 3 minutes, and turn left at the second traffic lights (Nezu-Jinja-Iriguchi intersection). Walk for two minutes and Nezu Shrine is on your right. Total: 5 minutes.

-Sendagi Station (Chiyoda Subway Line), right out of Exit 1, walk 7 minutes, and turn right at the third traffic lights (Nezu-Jinja-Iriguchi intersection). Walk for two minutes and Nezu Shrine is on your right. Total: 9 minutes. 

-Todaimae Station (Namboku Subway Line), left out of Exit 2, cross the pedestrian overpass across Hongo-dori Road, once on the other side of the road keep going 50 meters in the same direction as before, and take the alley on the right, at the bus stop. After two minutes, and a small right-then-left bend, the alley comes out onto a small road. Turn right out of the alley, take the second turn on your left, walk three minutes, and Nezu Shrine is on your left. Total: 6 minutes.

http://www.japanvisitor.com/japan-temples-shrines/nezu-shrine-tokyo


4. Wisteria Festival

Dari Nezu shrine, saya dan Leah pergi ke arah Kameido Tenjin pula. Nak tengok bunga wisteria. But, unfortunately, wisteria belum fully bloom! Tapi, festival tu dah bermula. Ada gerai-gerai makanan dalam shrine tu. Dan as usual, kalau dekat Jepun ni, nak tak nak mesti masuk Temple. Ate, dah festivalnya dibuat dalam Temple atau shrine. But don't worry. We still looking for the mosque. =D

 

So, how to get here?

By train:15-minute walk from the North Exit of Kameido Station on the Sobu Line, or 15-minute walk from the North Exit of Kinshicho Station on the Sobu Line or Tokyo Metro Hanzomon Line. 

By bus:Just pas the Kameido Tenjin-mae stop on the Tokyo Metropolitan Bus.

 Oh ya! Sebenarnya Kameidon Shrine ni tak jauh dengan Tokyo Skytree. Maksudnya, dari situ dah boleh nampak skytree. 

5. Diver City Tokyo Plaza, Odaiba

Then, dari Kameidon Tenjin Shrine, kitorang jenjalan menuju ke Odaiba. Lewat petang jugalah sampai Odaiba ni. 

 

Rasanya, ini antara tempat wajib datang kalau ke Tokyo. Maklumlah, Gundam kan trademark Jepun.

 
The view of Rainbow Bridge at night!



6. Hitachi Seaside Park, Ibaraki

Ok. On third day, kitorang keluar dari Tokyo sikit. Pergi Ibaraki. Berdasarkan sumber dari Encik Google, Ibaraki terletak dalam Kanto region tetapi lebih ke utara Tokyo. 

 

Keistimewaan Bukit ni, dia berubah ikut musim. Sempena Spring season dari April till mid May, bukit ni akan dipenuhi dengan bunga nemophilia yang berwarna biru. Masa musim panas, bukit ni warna kehijauan dan crimson. Dan peak autumn, the hills turn into autumn color! Amazing isn't it?

 

How to get here?


Lebih seharian jugalah kitorang tour hitachinaka ni. Sebabnya? Sangatttt besar. Detail story boleh click dekat link bawah.



7. Asakusa

Hari keempat lebih santai. Kitorang cuma tour area Tokyo je. And our destination would be ASAKUSA. Tempat yang sangat popular dikalangan pelancong sebab dekat sini boleh beli banyakkkk omiyage. Omiyage ni bahasa jepun untuk souvenir atau cenderahati. 

 

Nampak je tanglung besar ni, there you are. You already here at Asakusa. And now, it's time for shopping spree.

 

Ada banyak kedai di kiri kanan jalan dekat Asakusa ni. Dan sangat banyak omiyage yang boleh dibeli but quite pricey gak lah. Dang! Tapi, banyak-banyak tempat saya g around Tokyo, dekat sini baru jumpa keychain and etc. 
 
  
Selain daripada omiyage, dekat asakusa ni pun ada banyak jinrikisha atau known as rickshaw. Jinrikisha ni adalah sejenis beca yang bergerak dengan tenaga manusia. Maksudnya, banyaklah abam-abam handsome yang menanti berdekatan exit Asakusa Eki tu. But! Do remember. Onna no hito pun ada juga yang mencari rezeki dengan jinrikisha ni. 

Untuk tour sekeliling Asakusa selama 30min menggunakan jinrikisha ni, bayaran adalah sebanyak 9000Yen. So, kalau kongsi naik dua orang adalah dalam 4500Yen seorang. So, tanpa membuang masa kitorang pun grab the chance. Why not? Kalau pi Melaka boleh naik beca, takkan mai Asakusa tak leh naik jinrikisha?


8. Tokyo Camii & Turkish Culture Center
Then, dari Asakusa, kitorang menuju ke Masjid Jamek Tokyo. Antara Masjid yang besar, cantik dan popular among muslim yang datang melancong atau tinggal di bandar Tokyo ni.

 

Cantik kan? Sampai je masjid Camii ni, kitorang solat jamak zohor dan asar sesiap. Elok je lepas kitorang solat, tetiba ramai je nihonjin yang datang ke Masjid ni. Ala-ala lawatan tapak gitu. Rupa-rupanya, dekat sini macam ada satu aktiviti dakwah untuk non-muslim especially nihonjin untuk tour masjid dan lebih mengenali Islam. Sassuga..

 

Fiu.. mencabar jugalah kitorang nak cari Masjid ni. Ate, kitorang baca google map je beb. Dan google map punya jalan, masyaALLAH.. sampai semput kitorang dibuatnya. So, untuk mereka yang nak datang masjid Camii ni, do follow the google map too! Ahaks.. Bianata.. Cerita dah lama. Tak ingat saya jalan dia. 


9. Odaiba Park
And again. We come here again. Ok! Kali ni sempat tengok light show dekat bangunan Fuji TV. Awesome. Terhibur seketika. Sebab dia lain dari yang lain. 

 

Dalam Densha. Menuju ke Odaiba. Inside the Rainbow Bridge. Apa Rainbow Bridge tu? Tengok gambar atas tadi. Awesome kan? Kitorang duduk gerabak first pula tu. Ala, macam kau naik LRT dekat KL lah. bezanya, ini atas jambatan. Bukan dalam terowong. Sugoi!

 

Here we go! Inilah mercu tanda untuk sampai ke Odaiba. Sebelum ni, tak sempat ke sini sangat sebab dah malam dan hajat hati nak tengok the big gundam. 


10. Nippori Fabric Town
Hari kelima! Fiu~ It's shopping time!

 

Berdasarkan bacaan dari blog-blog sebelum ni, ramai yang recommend untuk datang sendiri ke Nippori Fabric Town ni. Al-maklumlah, syurga kain ala-ala Jalan TAR dekat Malaysia nun. Eheh. Dan dekat sini pun, boleh dapat kain Cotton Jepun semurah 100Y semeter. Maksudnya, kalau beli 4meter, baru 400Yen. Kalau convert g RM pada kadar RM3 untuk 100Yen, baru RM12. Murah kan? Itu harga yang paling murahlah.  


How to get here?
Tak susah pun. Naik je densha sampai Nippori Station. Then, dari Eki akan nampak signboard yang menghala ke Nippori Town ni. Just follow the signboard. Katanya ada map, tapi saya tak dapat pula map tu. Ahaks. So, kalau rasa nak tour satu bandar fabrik ni, dapatkanlah map tu. Kalau rasa nak shopping at designated store, study pasal kedai yang nak pergi tu and go ahead. Kitorang tak explore satu town pun. Lepas selesai "buang duit" yang kononnya tak terlalu banyak, we headed back to Eki. Pergi balik eki yang hampir dengan tempat tinggal kitorang, and leave all the fabric inside the coin locker. Sebab nak g jenjalan lagi! Ahaks.


11. Tokyo Tower

Selesai je kitorang simpan all the fabric inside the coin locker, we used the same densha to go to Tokyo Tower. Please remember. Tokyo Tower and Tokyo Skytree are two different attractions and different location.

 

Here we go! Inilah Tokyo Tower. Siapa pernah tengok movie 3 ninja kids? Ada tayang waktu school break. Kalau nak tahu, movie tu shoot masa Tokyo Tower masih lagi dalam proses pembinaan. Sasuga yo~

Tapi, unfortunately...memandangkan duit dah habis borong cotton Jepun dekat Nippori Town siang tadi, makanya disebelah petang hanya mampu melihat keindahan dan ketinggian Tokyo Tower dari bawah ajelah. (>_____<)* 

 

Dari Eki berdekatan nak menuju ke Tokyo Tower ni, agak jauh jugalah kalau menggunakan kudrat kaki. Tapi, memandangkan kami sudah berbulan-bulan duduk di Jepun dan terbiasa dengan aktiviti berjalan kaki, makanya kami hanya berjalan kaki dari stesen terdekat menuju ke Tokyo Tower dengan bantuan Google map.

Amaran! Pastikan anda tahu macam mana nak baca peta in case peta tu dah save untuk offline. 


12. Roppongi

 

Lepas dah puas menatap dan menilik Tokyo Tower, setup kamera sana sini, kitorang sambung lagi jalan kaki menuju ke Roppongi. Macam popular juga tempat ni. Tapi, tak tahu kenapa. Yang pasti, ada Hard Rock Cafe. Kebetulan kawan saya ni macam die hard fans jugalah dengan t-shirt Hard Rock Cafe. Jadi, gigihlah juga mencari. Sementara dia cari baju, saya lepak dekat area tu. Dan terpandang Signage Roppongi tu.

 

Naaa.. bukti yang Roppongi dengan Tokyo Tower tu tak jauh mana pun. Lebih kurang dari Masjid Zahir ke Menara Alor Setaq (Tapi, tak gigih pula nak berjalan dari masjid ke Menara tu. Eheh)


13. Tokyo Station

Dari Roppongi, kitorang terus ke Tokyo Station. Kenapa? Sebab Tokyo Station ni pun one of the famous attraction dekat Tokyo ni. Sebab reka bentuk bangunan yang sangat unik dan cantik! Amuse! Sugoi!

 

Sasugaaaa... Hahahaha
Tetiba macam mental kejap dengan word sasuga ni. Dang!


14. Tokyo Disneysea

Hari keenam. Perghhh.. lama giler sampai 6 hari kan? Ate, Golden Week kan memang cutinya panjang. Jadi, manfaatkan dong!. 


Hari keenam ni lebih santai dan leisure. Kitorang plan untuk ke Tokyo Disneysea untuk main,main dan main. Oklah. Tak mau citer banyak. Sebab dah banyak berceloteh dalam entrie sebelum ni.



15. Tokyo Skytree

Dan destinasi terakhir kitorang pada hari ketujuh adalah Tokyo Skytree. Ingat ye. Tokyo Skytree dengan Tokyo Tower itu tidak sama. Oh ya! Balik dari Disneysea, kitorang ambil beg dan barang dari rumah kohai yang kitorang tumpang dan pergi bermalam dekat hostel. Saja. Teringin nak try dok hostel dekat Jepun ni. So, dari Hostel nak ke Skytree tak jauh dah.

Before kitorang check out, kitorang minta tolong admin hostel panggilkan kuroneko sebab nak post barang. Kihkihkih.. Banyak sangat shopping. Tak larat nak angkut naik shinkan. =D

 

Temple ni dekat dengan hostel yang kitorang duduk. Memang tak dinafikan, sepanjang dekat Tokyo ni, banyak giler kitorang berjalan. Sampai rasa nak tercabut kaki ni. Hiuhiu~

 

Dekat Kuritsu Sumida Park. Actually, kitorang dah lalu area ni masa naik jinrikisha dari Asakusa. Tapi, decide untuk jejak by foot pula. Boleh setup kamera dan bergambar dekat sini. Hehehe.. Ini antara spot yang cantik untuk ambil gambar berlatar belakangkan Tokyo Skytree.


 

And here we are. Our final stop. Tokyo Skytree. Dekat sini ada Tokyo Banana. Dan I tell you, jurujual dia sangat ramah tamah. dengan nihongo yang tak seberapa tu kitorang minta tolong dia suggestkan omiyage yang tak ada meat, animal gelatin and apa-apa bahan yang tidak halal. And at the end, we bought a lot of food omiyage! Ahaks.

So, that's the end of our Golden Week tour. Kalau ditotalkan jumlah langkah selama di Jepun, boleh cover langkah selama dua tiga tahun di Malaysia kot. Miahahaha... 
  
  


  
  
 
  
  
  



0 comments: